Friday, 18 November 2011

Kacang Kami

Mix - RM 1.50 SAHAJA !!!

                       Kacang  RM 0.70 SAHAJA!!! 
 
Kacang Bantal RM 0.50 SAHAJA!!!! 

 
Kerepek Besar RM 0.70 Shj 



Kerepek Sayur RM 1.20 Shj

Muruku Pedas RM 1.20 Shj

Kacang Bintang RM 1.20 Shj

Kerepek Ubi Pedas RM 1.20 Shj

 Muruku RM 1.20 Shj

Roda - RM 0.70 SAHAJA!!!

Sunday, 13 November 2011

Buntong Kampung Kacang Putih, kacang putih "Ipoh Mali" yang paling terkenal di Malaysia ia juga dikenali Kacang Putih 1Malaysia






SUATU ketika dahulu penjual kacang putih menjaja kekacang dan makanan rangup lain dengan berjalan 
kaki atau berbasikal dan mereka sering dilihat di bandar-bandar dan kawasan sekitarnya.
Perniagaan ini, yang dipelopori masyarakat Tamil dari selatan India, bermula seawal kurun ke-19.
Warga Malaysia dari kalangan generasi pra dan awal pasca Merdeka pasti tidak lupa bagaimana penjual-penjual kacang putih ini menggulung kertas menjadi bentuk kon dan mengisinya dengan kekacang atau snek
 rangup lain.
Ramai juga akan mengimbau semula kenangan mereka mengunyah kekacang semasa menunggu bas atau menonton filem di pawagam. Lebih mengkagumkan, snek yang berasal dari India ini dinikmati oleh semua kaum dan ia merupakan snek 1Malaysia yang sebenar.
Walaupun penjual kacang putih mungkin tidak lagi dapat dilihat atas jalan, kacang putih yang sama kini dijual oleh generasi baru penjaja Tamil sebagai snek pilihan.Hari ini, penjual kacang putih menjual snek mereka di lokasi yang ditetapkan. Kekacang dan makanan rangup lain dibungkus kemas di dalam paket plastik dan ramai daripada mereka juga merupakan usahawan kacang putih yang berjaya. Seorang daripada usahawan kacang putih yang berjaya ialah Thanggaraja Solayapan, 55, yang berasal dari tempat industri kacang putih, Kampung Kacang Putih, lebih kurang lapan kilometer dari pusat bandar raya Ipoh.




IMBAU SEJARAH
Sambil membungkus kacang putih, perbualan diteruskan mengenai sejarah Kampung Kacang Putih. Menurutnya, penduduk perkampungan itu berasal dari kaki Gunung Cheroh, Ipoh, Perak. Iaitu berhampiran dengan Kuil Sri Subramaniar yang sering dikunjungi ramai penganut Hindu di Perak untuk meraikan Thaipusam.
Mereka berhijrah dari India ke Tanah Melayu sejak abad ke-19 dan menetap di kaki gunung batu kapur tersebut. Kumpulan ini berjualan kacang putih secara kecil-kecilan sebagai sumber pendapatan.
Khabarnya berlaku satu kejadian batu kapur runtuh pada tahun 70-an menyebabkan mereka kehilangan ramai ahli keluarga dan akhirnya ditempatkan di penempatan baru di Buntong sehinggalah sekarang. Oleh kerana perusahaan kacang putih telah lama menjadi sumber pendapatan, mereka sepakat meneruskan tradisi tersebut yang kekal hingga ke hari ini.


Kini Kacang Putih Ini Terdapat Di Pondok Jualan Kami sila kunjungi kami pada tarikh 19-20 November Sabtu & Ahad ini di tempat TDI (Tun Dr Ismail)